selamat datang WelCOME

DiaLU-ALukan UNtuk MenikMATI bLOG saYA..SIlA BagI pANDANgan yer...




Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA...WELCOME..

Selasa, 19 Oktober 2010

Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta)

View Image

Latar belakang

Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Ulser dalam mulut



Mengapa ulser afta terjadi?

Ulser afta sering dikaitkan dengan:



kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12

daya tahan badan yang lemah

bakteria

faktor keturunan

sebab-sebab yang tidak diketahui

Apakah ciri-ciri ulser afta?

Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.



Peringatan:

Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.



Komplikasi ulser afta

Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.



Bagaimana menangani ulser mulut

Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;



Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :

jaga kebersihan gigi

amalkan makan secara sihat

pemeriksaan pergigian secara berkala

Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.

Sapukan krim atau gel penahan sakit.

Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan