Pada suatu ketika..di sebuah zaman yang penuh pancaroba..cerita bermula................
FASA SATU...( rutin Zargos...?)
Setiap pagi zargos pasti akan memulakan rutin hariannya dengan membersihkan diri agar terasa segar untuk menempuhi hari yang panjang dari pagi hingga lewat petang . Namun begitu dia juga tidak lupa untuk menunaikan kewajipan kepada ALLAH dengan menunaikan solat subuh . Sesudah sembahyang .. zargos berdoa " YA ALLAH AMPUNKAN LAH DOSAKU DAN KELUARGA KU SERTA MURAHKAN LA REZEKI KU " aminn.
FASA DUA..(apa Zargos mengelamun .. ??)
Zargos terus menyiapkan dirinya dengan uniform harian yang selalu dipakainya sebelum pergi bekerja .Memang zargos kelihatan segak..( tidak mustahil ramai orang disekeliling selalu memujinya ) ..Selang beberapa minit zargos mengelamun dihadapan cermin barulah dia merasa bahawa dia sudah bersedia untuk ketempat kerja ..
Zargos terus mencapai kunci basikalnya dan tidak lupa juga topi keras untuk keselamatannya .
Walaupun sudah terlambat ke tempat kerja..namun keselamatan tetap tidak boleh diabaikan , itulah prinsip Zargos.
FASA TIGA ( dekat sahaja Zargos...)
Tempat kerja Zargos hanya beberapa kilometer sahaja dari rumahnya , tidak sampai 10 minit dia sudah terpacak dihadapan tempat kerjanya . Hari ini pelanggan ditempat kerjanya tidaklah seramai hari-hari sebelumnya..mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir dalam minggu ini.
Zargos menjenguk2 keadaan disekeliling pejabatnya..owh masih ramai belum sampai..tidak mengapalah..yang penting dia tidak terlewat sampai .
FASA EMPAT (Zargos si penyelesai masalah..)
Seperti biasa..kerja zargos adalah melihat dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap pelanggan yang mempunyai pelbagai masalah . Sekiranya zargos buntu atau tiada idea untuk mencari penyelesaiannya .. maka zargos perlu merujuk perkara tersebut kepada bos2nya..
FASA LIMA ( Zargos si pembantu ke ?? )
Sebagai pembantu kepada bosnya..Zargos sudah semestinya harus bertindak dengan membantu dan bukannya menyelesaikan lebih banyak masalah dari bosnya ..itu pendapat Zargos...tetapi ternyata dengan tahap kemampuan dan kedudukan Zargos pada waktu ini tidak membantunya memudahkan pekerjaannya ... kenapa?? Ini kerana bos Zargos berpendapat bahawa Zargos sebagai orang bawahan perlu untuk menyelesaikan atau dengan kata lain membuat lebih banyak kerja berbanding beliau ..
Makanya...kehidupan Zargos akan berputar semula seperti roda yang tiada kesudahan selagi bos Zargos masih lagi tidak rasional dan tidak profesional tahap pemikirannya ...
APA2 PUN...GOOD LUCK ZARGOS !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan