selamat datang WelCOME

DiaLU-ALukan UNtuk MenikMATI bLOG saYA..SIlA BagI pANDANgan yer...




Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA...WELCOME..

Isnin, 21 Mac 2011

AJAL 5 GURU SILAT

Dugaan dari ALLAH...dalam sekelip mata kita kehilangan 5 orang guru silat sekaligus ..peramata negara yang wajar diberi penghargaan...

Khamis, 17 Mac 2011

dah LAMA benor TAk MENCATIT..

ada la dalam 2,3 bulan tak bukak blog nie..rasa malas jap..sekarang dah rajin sikit..tangan pun dah start rasa bermaya nak menaip.. tunggu apa... IDEA...

Ahad, 5 Disember 2010

Tiap hari asyik mimpi

cHAPter OnE ..tHe PengeNAlan

Tiap hari dari malam sampai pagi,
Tak sudah-sudah dengan mimpi,
Kalo bangun muka berkerut dah tentu mimpi ngeri,
Kalo bangun terus pegi mandi..??
Tuh lu pikir sendiri..

ChApter TwO..tHE pERTENGahan

mAK bAPak kata..jaNGan asYIk BERmimpi,
TutUP TElinGA N tERus ANgkat kaKI,
mCm LA dioraNG Bukan MAk BAPAk sendiri,
kALO tak DIORANG TEGUR naK SURUh sapA lagi?..

BangUN tido GOsok gIGI,
jIRUs air Kat BAdan 2,3 KALi,
diA kATA kena JimaT air..kAN Sunah NABI,
mAK jerit ..weIII !! Dah PukUL BErapa nIE KO X SIap LAGI !!?
aLa sKOLA buKan Jauh..naIK BASikAL dUA tiGA kayuh sAmPAI lA naNTI

cHaPtER tHree...ThE rEvenge YanG pENGHABisan

SamPai PINtu pAGAR SkolA NamPak awek PengaWas DUk KawAD kANan Kiri,
kALo maCAM tuH pUNYA gAYA kompom arI niE lU lEWat LAGI,
aPa KEJAdaHNYA suma ni..??
ArGHH apA kesAH..SetAKAT poMPuan..lU kan LAKi,
kALo dIA SERGAH lU,lU LA bAGI sekali..
TaPI beLUM Semput Lu nak BuLI..
cIkgu disiPlin dAH PandANG Lu MacAM pEtIR SamBar Bumi..
EsOk HARI mACAm MANA?? mAsiH mIMpi?
IkUT sUKa ATI LU..yANG peNTING lU hAPPy..

Khamis, 2 Disember 2010

NIE MASALAH DIORANG...

Nuffnang Ads


Dengkur petanda sakit kronik

Sunday, January 24, 2010



Oleh Hafizah Iszahanid



Dengkur yang berlaku akibat getaran tisu di laluan pernafasan, turut mengganggu pasangan.



Penghidap gangguan tidur Obstructive Sleep Apnea berisiko serangan jantung, strok



RAMAI beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan.



Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea - OSA).



Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik. Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari sejam.



"Setiap kali selepas pernafasan terhenti, pesakit akan cuba kembali bernafas. Cubaan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan seakan tercekik," katanya.



Kata Dr Tan, bukan semua orang berdengkur mengalami OSA, tetapi semua yang mengalami OSA sememangnya berdengkur. Ia lebih kerap berlaku di kalangan lelaki yang obes atau terlalu gemuk, tanpa mengira umur. Bagaimanapun, katanya, ada perbezaan antara dengkur biasa dan dengkur simptom OSA.

Berdengkur umumnya mengganggu tidur pasangan tetapi dengkur biasa disusuli dengan petanda lain seperti berasa letih setiap pagi, sakit kepala, sakit tekak dan mulut yang kering.



Namun, apa yang membimbangkan, dengkur yang dikaitkan dengan simptom OSA disusuli masalah hipertensi atau darah tinggi, angin ahmar dan masalah kardiopulmanori.



Dr Tan berkata, mereka yang berisiko mengalami OSA memiliki jisim berat badan (BMI) lebih dari 28. Malah, OSA itu lebih ketara di kalangan lelaki berbanding wanita dengan kelaziman empat peratus di kalangan lelaki jika dibandingkan dengan wanita, sebanyak dua peratus.



"OSA selalunya berlaku di kalangan lelaki berusia 25 ke 45 tahun dan dianggap masalah biasa di kalangan lelaki berusia 55 tahun ke atas. Bagi wanita, walaupun insiden OSA lebih rendah berbanding lelaki, tetapi selepas putus haid, kekerapan itu sama dengan lelaki.

"Mereka yang mengalami OSA berhadapan dengan masalah saluran pernafasan yang sempit. Malah, salur nafas itu boleh tertutup untuk beberapa saat," katanya.



Kata Dr Tan, keadaan ini disebabkan ketika tidur, udara tidak boleh melalui paru-paru dan hidung walaupun pesakit cuba untuk bernafas. Apabila ia terjadi, jumlah oksigen dalam darah menurun. Pernafasan normal bermula dengan bunyi dengkur dan bunyi seakan-akan tercekik yang kuat.



"Justeru, pesakit seakan-akan meronta-ronta dalam tidur untuk mendapatkan pernafasannya kembali. Jika pernafasannya terhenti secara berterusan dan tertutup 100 peratus, maka ia dinamakan apnea. Lazimnya, apabila sukar bernafas, pesakit akan terjaga daripada tidur kerana paru-paru yang bergerak dan kadar oksigen yang kian menurun.



Dr Tan berkata, OSA kerap dialami mereka yang gemuk, merokok dan mengambil alkohol. Apa yang menyedihkan, sering kali juga, mereka yang mengalaminya tidak mengetahui masalah yang dihadapi.



Berikutan itu, kerap kali OSA dikesan secara tidak sengaja ketika penghidapnya menjalani rawatan di hospital atau dimaklumkan oleh pasangan.



Apakah yang boleh berlaku jika OSA tidak dirawat? Antara risiko utama termasuk mengalami tekanan darah tinggi, masalah jantung dan serangan jantung, angin ahmar dan merosotnya kualiti hidup.



Bagaimana merawat OSA?



Rawatan paling umum OSA ialah 'tekanan berterusan laluan udara' atau CPAP (Continuous Positive Airway Pressure). Rawatan lain termasuk menurunkan berat badan, ubat-ubatan secara oral, terapi dan pembedahan.



Berat badan yang bertambah sememangnya menjadi faktor risiko berlakunya OSA. Namun, ia tidak pula bermaksud apabila anda mencapai tahap berat badan ideal, masalah itu akan selesai, sebaliknya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.



INFO:



* Berlaku jika anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur



Simptomnya termasuk:

o Mengantuk pada siang hari atau keletihan

o Mulut kering atau sakit tekak apabila terjaga dari tidur

o Sakit kepala pada waktu pagi

o Sukar memfokus dan mudah lupa

o Berpeluh pada waktu malam

o Rasa gelisah ketika tidur

o Tidak berfungsi secara seksual

o Berdengkur

o Kerap terjaga dari tidur secara mengejut kerana berasa tercekik. - Berita Harian

cerita PASAL dengkur

senario 1

albert = saya dah tak sanggup tinggal serumah dengan kasim , pagi ok la..dia normal jer, tapi bila menjelang malam......

kasim= ada sesapa tak tau kat mana ada rumah atau bilik sewa ?? kenapa?? saya rasa saya dah cukup bersabar dengan albert...tiap2 malam dia jadi macam tu..

senario 2

albert = dah kahwin baru la aku tau yg perangai jenny x seelok rupanya..kenapa?? dia memang cantik , tertarik ..tapi bila malam...

jenny = albert tak penah pun bg tau saya hal nie..saya rasa terseksa...tak dapat tidur malam..kenapa?? tanyalah dia

kalau kita baca kedua2 senario kat atas..dapat tak kita teka apa sebenarnya yang dah terjadi pada albert, kasim n jenny .....'

kenapa bila malam jer diorang sengsara...apa masalah diorg??

Selasa, 30 November 2010

belajar punya cerita

ini kisah belajar punya cerita..
dari selatan hingga utara..
berkorban apa sahaja..
wang atau masa..
yang penting kita berjaya..
berjaya untuk kita juga..
untuk masa depan yang tak paling belakang selama-lama..
sebulan tinggal keluarga..
ada emak..
ada adik beradik..
ada isteri tercinta dan ada semuanya..
kat sini berjalan turun bukit naik bukit..
pi kelas tak tentu masa..
tidur cukup sebab otak banyak guna..
tenaga pun sama rata..
tiap ari ada saja benda kena buat..
kena antar cepat n kena antar lambat..
yang cepat biar cepatkan..
yang lambat jangan ditangguh..
 ini kisah belajar punya cerita..

Isnin, 29 November 2010

lama x update...JARI JEMARI TERASA KAKU..

Punya la lama aku x update blog nie..TIBA2 jerk lupa yang aku ada blog nak diuruskan..dalam 2,3 minggu nie macam2 urusan n perkara yang perlu diuruskan..dari hal kerja sampai ke hal keluarga..

AKU MUDAH LUPA...
aku lupa aku ada blog..
aku lupa aku tengah sambung belajar..
aku lupa aku kerja apa ( kadang2)
aku lupa tido..lupa makan..lupa main bola..

lepas nie aku akan update balik blog aku slow2...slow...slow...